RSS
Disclamer on Shaklee Articles

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

These Product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease

Followers

Greeting to All My Dearest Customer...

HERE'S THE SIMPLE STEPS FOR YOUR INFORMATION DURING SHOPPING @ TUDUNGHONEYZ:

1- THERE'S SOMETHING ATTRACTIVE ITEMS THAT YOU
LIKE AND WANT TO GET IT?


2- IF YES, PLEASE DO NOT HESITATE TO CALL.

3- OR YOU CAN SMS/WASSAP ME THE ITEM CHOOSEN

4- I WILL REPLY AS SOON AS POSSIBLE TO COMFIRM
THE ITEM CHOOSEN.


5- AFTER THE COMFIRMATION IS MADE, THEN YOU
CAN BANK IN FULL PAYMENT TO ANY OF MY
ACCOUNT NUMBER. (I'LL APPRECIATE FOR YOUR
CONCERN TO EMAIL ME THE DETAIL PAYMENT FOR
MY INFO.


6- THEN I'LL POS YOUR ITEM CHOOSEN AND
INSYAALLAH, U'LL GET WITHIN 1 WEEK



ALL THE ITEMS SHOWN DO NOT INCLUDE POSTAGES FEE.


MY CELLPHONE NUMBER : 017-4941102 (honey)
WhatsApp: 017-4941102
Blog : www.tudunghoneyz.blogspot.com
Email :
mahaniisma@yahoo.com



HAPPY SHOPPING....!!!!! THANK YOU

Wednesday, February 19, 2014

Set berpantang yang sangat best!!!...


                                                                   

                            Assalamualaikum,
Bertemu lagi dalam entri yang baru hari ni Cik Puan a.k.a Honeyz nak crita 1 set yang sangat best dan memang pengalaman diri sendiri mengakui kehebatannya..ehem...Set yang C.P nak bagitau ni ialah SET BERPANTANG. Dalam tahun ni C.P nampak memang saaangat ramai wanita-wanita mengandung di luar sana, kira macam toleh sini ada toleh sana nampak toleh belakang ponn ada jugak naseb toleh bawah tak dak..hehe. Pasai apa yang C.P kata Set ni baguih sebab tak seperti set-set yang lain yang kebanyakannya mengandungi kandungan herba tradisional yang boleh menyebabkan demam kuning kepada bayi yang baru lahir memandangkan sifat herba atau jamu yang panas dan rata-rata sesetengah ibu-ibu yang baru bersalin masih dalam keaadan lemah dan tidak bermaya. Kadangkala pengambilan jamu yang akhirnya menyebabkan ibu-ibu cirit birit atau sembelit yang teruk. Pengambilan supplimen yang betul akan menjadikan ibu-ibu sihat, cergas, emosi yang stabil, dapat menjayakan penyusuan dengan jayanya, luka jahitan cepat sembuh dan dapat menjaga bayi mereka dengan tenang dalam tempoh berpantang. Sampaikan bila orang mai rumah tengok kita tak macam orang dalam pantang pulak..hehe
Ok apa yang ada dalam Set Berpantang ni, meh cik puan nak bagitau...



Vitamin B Complex (with acid folic)
  • berfungsi sebagai anti-stress buat ibu  dapat menghindar daripada meroyan
  • menstabilkan hormon
  • mengandungi folic asid atau vitamin B9 yang penting untuk pembentukan saraf tunjang bayi dengan lebih sempurna.
  • jika kekurangan asid folik boleh mengakibatkan kecacatan berkaitan dengan otak selain daripada masalah tulang belakang kepada bayi
  • dapat mencegah anemia dan meningkatkan keupayaan usus untuk menyerap nutrien dengan lebih baik
  • Ibu menyusu memerlukan kira-kira 500-600mg asid folic setiap hari
  • dalam setiap botol mengandungi 120biji tablet dan boleh bertahan sehingga 4 bulan!!

 Vita-Lea 
  • terdapat 28 nutrisi yang terkandung di dalamnya.
  • mengandungi iron formula yang sangat penting untuk tubuh terutamanya ibu yang banyak kehilangan darah semasa bersalin.
  • biotin dan panthotenic acis metabolisme lemak dan vitamin B12 menggalakkan pembentukkan sel darah merah
  • satu botol ada 120 tablet dan boleh bertahan sehingga 4 bulan
 

Vitamin C
  • Vitamin yang penting bagi penyerapan zat besi untuk mengelakkan ibu daripada anemia.
  • vitamin C juga dapat membantu dalam penyembuhan luka selepas bersalin dan membantu penyembuhan tisu-tisu sel akibat bersalin.
  • Juga penting dalam pengiraan pembentukan kolagen dalam badan
  • bonus tambahan dapat mencantikkan kulit
  • mengelakkan ibu dari terkena selsema (yelah kalau ibu sakit macam mana nak urus baby dan menyusukan baby kan?)
  • satu botol ada 180 biji, dan boleh tahan sehingga 6 bulan!!

Zinc Complex
  • ia bertindak sebagai pempercepatkan menyembuhan luka perineum, dan luka-luka dalam badan. 
  • kekurangan zinc menyebabkan luka akibat bersalin lambat sembuh jadi amat bagus diamalkan sepanjang tempoh berpantang.
  • sama seperti ikan haruan, gamat, gamogen, pati ikan haruan juga mengandungi zinc, jadi jika mengambil vitamin Zinc Complex ini pon sudah cukup.
  •  dapat mengelakkan rambut gugur dan mencantikkan kuku

Jadi vitamin-vitamin di atas yang cik puan crita ni adalah set asas Vitamin B Complex, Vita-Lea, Vita C dan Zinc Complex. Tetapi Shaklee juga ada Set Ekslusif di mana ditambah ESP dan Ostematrix.


ESP
  • mengandungi protein yang mana diperlukan untuk membina dan memperbaiki tisu-tisu baru dan sel-sel baru dalam badan
  • dapat menambahkan tenaga segera dan mengenyangkan
  • jika ibu-ibu yang menyusu dapat memekatkan susu badan
  • menyembukan luka-luka dalam badan
  • ESP mengandungi kandungan sumber makanan yang lengkap yang diperlukan oleh tubuh dan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan sesuai untuk pengidap diabetis.
  • dapat mengelakkan sembelit


Osteomatrix 
  • mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D yang membantu dalam kekuatan tulang dan gigi
  • ibu yang menyusukan akan memerlukan kalsium bagi membekalkan kalsium yang cukup untuk si ibu.
  • membantu dalam membekalkan sel darah merah dan mengelakkan sembelit buat ibu semasa berpantang
  • sebotol ada 120 biji dan tahan selama 1 bulan

Ha ok ini adalah set untuk ibu berpantang, dan jika ibu ingin menambah untuk kurus pon boleh add on Alfalfa Complex dan Omega Guard atau Lecithin. Set Pantang Shaklee memang sangat superb dan jika ingin merasai perubahan seperti cik puan jangan berlengah lagi kerana yang pasti insyaallah ada perubahan bukan sahaja kepada ibu malah kebaikan nya dapat kepada bayi kita..

Jika berminat boleh hubungi Cik Puan dan saya akan terangkan apa yang sepatutnya dan konsultasi cara makan dan harga memang cik puan offer yang rendah punya...

Hubungi:
Honeyz (cik puan)
id: 1079358
sms/wassap/tel: 0174941102
email: mahaniisma@yahoo.com
blog: www.tudunghoneyz.blogspot.com

 





Friday, February 14, 2014

Set Kulit cantik

Assalamualaikum semua mommy, anak2 dara, abang2, adik2 dan semua la kan..Hari ni Cik Puan berkesempatan lagi nak hupdate entri nak crita pasai Set Kulit Cantik atau Set Kecantikan..Lately ni ramai no orang dok cari set2 nak bagi kulit cantik, gebus dan menawan. Yelah bagi yang dah berkahwin nak jaga la bagi cik abang lagi sayang, kalau anak2 dara ni nak la bagi dapat jodoh cepat?? eh ya ka..hehe tak kisahla sapa-sapa pon lumrah bagi perempuan untuk cantik kannn..

kan bes kalau kulit cantik dan bersih bebas jerawat macam awek ni, apa lagi cuba lah set shaklee...

Ok Cik Puan pon tak mau celoteh panjang-panjang jom tengok apa dia Set Kulit Lawa nih..hehe
     Set ini merangkumi :
  • Vitamin C (180 biji)
  • Vitamin E (120 biji)
  • Vitamin B Complex (120 biji)
Ok lani Cik Puan terangkan ada yang terdapat dalam setiap vitamin-vitamin nih:

Vitamin C
  • dikenali sebagai sustained release 500mg
  • Vitamin C yang bukan daripada bahan sintetik kerana ia adalah vitamin semulajadi
  • manfaat pengambilannya 1 tablet bersamaan memakan limau 7 setengah biji oren!!!
  • 1 tablet kita akan dapat kebaikannya selama 5 jam iaitu 1 jam 100mg vitamin C
  • kebaikan lain ialah vitamin C ini mengandungi BIOFLAVANOID yang mana tidak akan terdapat dalam vitamin C sintetik.
  • Apa tu Bioflavanoids?adalah pigmen-pigmen tumbuhan  yang terdapat di dalam buah-buahan citrus yang mna ia membantu penyerapan vitamin C sepenuhnya dan melindungi daripada teroksida
  • tiada perasa tiruan, tiada pemanis, tiada pewarna dan tiada bahan pengawet
  • tahan lama sebab kalau makan 1 biji sehari boleh bertahan sampai 6 bulan!! berbaloi kan??
  • Vitamin C bertindak sebagai booster untuk kolagen ha yang ni boleh bagi tegangkan kulit.


Vitamin E
  • terkenal sebagai vitamin untuk kulit yang bersifat antioksida dan anti penuaan
  • mampu memudarkan kesan dan parut jerawat dengan lebih berkesan
  • membantu wajah nampak berseri, tidak kusam dan menawan
  • pengambilan yang konsisten dan istiqamah akan menghasilkan kulit bebas jerawat dan Glowing biarpun tak pakai mekap..(hehe best tau)
  • jika pengambilan 1 biji kapsul sehari boleh bertahan sehingga 4 bulan!!
  • boleh dibuat masker. (1 biji kapsul boleh diguna 2-3 kali) jimat bukan?? 


Vitamin B Complex
  • membantu menjadikan kulit lebih berseri dan tona sekata
  • agen penstabilan hormon dalam B Complex ini dapat menenangkan stress dan perasaan marah. (bila tak marah dan tak stress barulah terpancar muka yang cantik kan..)
  • menambah keperluan sel darah merah dan mencegah kelesuan





Jadi bila kita mengamalkan vitamin-vitamin ni, Insyaallah akan mendapat hasilnya jika kita konsisten dan istiqamah. Sebab memang dah terbukti berkesan dan yang pasti bahannya adalah semulajadi, betoi dak..hehe. Bukan saja kita akan kelihatan menawan, malah dapat extra badan pon sihat yelah sebagai seorang ibu, wanita berkerjaya memang letih menghadapi sehari-hari...pheww... ok lah sampai sini dulu la Cik Puan nak crita nanti ada entri lain pulak. Ta ta....

Berminat untuk mencuba? Ada pertanyaan?
Hubungi :
Honeyz (cik puan)
SMS/Tel/WhatsApp: 0174941102
Email: mahaniisma@yahoo.com
Blog: www.tudunghoneyz.blogspot.com

Wednesday, February 12, 2014

Set Ibu Hamil yang Terbaik...


Salam sejahtera buat semua..

Entri hari ini cik puan nak cerita pasal Set kehamilan yang memang bagus diamalkan oleh ibu-ibu yang sedang mengandung. Kita sebagai seorang ibu dan bakal ibu memang mengharapkan setiap kehamilan kita menjadi kenangan yang terindah dengan tiadanya masalah seperti morning sickness, alahan yang sangat teruk, perubahan fizikal yang ketara, perubahan emosi dan kita pon tentulah mahukan yang terbaik buat si kecil kita yang bakal lahir nanti kan?? kan??...

Jadi dengan pengambilan pemakanan yang sihat, supplemen yang betul, persekitaran yang sihat akan membantu ibu-ibu menghadapi proses kehamilan dengan tenang dan gembira..sapa tak mau kan..Ok cik puan nak habaq dalam produk Shaklee ni pon memang ada set yang sesuai buat ibu-ibu hamil di luar sana yang memang terbukti bagus bukan sahaja buat ibu tetapi untuk anak yang bakal dilahirkan.

Set Ibu Hamil terdapat dalam 2 set iaitu set untuk trimester 1 dan set untuk trimester ke-2 & ke-3. Apa yang ada dalam Set trimester pertama ni...ha ini dia



 Set Ibu Hamil Trimester Pertama

Ok dalam set ni ada Vitamin B Complex, Ostematrix, Vita-Lea (multivitamin with iron) dan Vita -C sustained release
  • Vitamin B Complex (with acid folic) 120 biji
  • Ostematrix ( calsium with magnesium, vitamin D and more) 120 biji
  • Vitamin C (sustained release 500mg) 180 biji
  • Vita-Lea (multivitamin with iron) 90 biji
  • ESP (Energizing Soy Protein) 850g
 ha amacam ini lah supplemen yang sangat bagus diamalkan oleh ibu-ibu hamil sebab kita pon tau trimester pertama ni lah yang kita kena jaga betoi-betoi memandangkan janin kita masih baru dan belum kukuh lagi dalam rahim kita.

 
Set Ibu Hamil Trimester Ke-2 dan Ke-3
Bagi set untuk trimester ke-2 dan ke-3 pula;
  • Vitamin B Complex (with acid folic) 120 biji
  • Ostematrix ( calsium with magnesium, vitamin D and more) 120 biji
  • Vitamin C (sustained release 500mg) 180 biji
  • Vita-Lea (multivitamin with iron) 90 biji
  • ESP (Energizing Soy Protein) 850g
  • OmegaGuard (Fish Oil extract) 

 bagi set trimester ke-2 dan ke-3 ini sama ja macam set trimester pertama cuma ditambah dengan Omegaguard yang mana sangat bagus bagi pembentukan otak bayi kita.

Kebaikan setiap supplemen dalam set-set ini ialah:

Vitamin B Complex (with acid folic) Harga pasaran RM53.75
  • bertindak sebagai anti stress dan memberi tenaga kepada ibu hamil
  • mengandungi asid folik (vitamin B9) yang penting sebagai agen pertumbuhan dan pembinaan sel-sel dalam badan
  • asid folik juga membantu mencegah kecacatan pada bayi dalam 50%-70% daripada kemungkinan ia berlaku
  • penting dalam penghasilan sel darah merah
  • kebaikan vitamin B ni berbanding dengan klinik tentulah vitamin B Shaklee adalah semulajadi berbanding yang biasa adalah vitamin sintetik
  • sebotol boleh bertahan sehingga 4 bulan bergantung kepada pengambilan

Vita Lea (multivitamin with iron) Harga pasaran RM88.75
  • dilengkapi 28 vitamin dan mineral termasuklah zat besi
  • zat besi penting bagi pembentukan sel darah merah
  • Jika kekurangan zat besi ibu akan kelihatan pucat dan tidak bermaya
  • zat besi juga penting bagi pembentukan dan tumbesaran bayi dalam kandungan
  • Jika ibu hamil yang mengalami tekanan darah rendah (HB Low) boleh mengamalkan Vita-Lea sebagai alternatif

Vitamin C (sustained release) 500mg harga pasaran RM92.50
  • membantu meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan bayi
  • membantu meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan ( zat besi diperlukan untuk mengikat oksigen pada hemoglobin dalam darah)
  • kekurangan vitamin C akan menyebabkan anemia, menyembuhan luka yang lama, pendarahan gusi, ketidakupayaan melawan penyakit, kulit kering, pendarahan hidung dan banyak lagi)

 Ostematrix (with magnesium dan vitamin D) harga pasaran RM61
  • gabungan kalsium, magnesium, fosforus, boron, zink, vitamin D.
  • 1 kapsul bersamaan 250mg calcium.
  • bagi ibu hamil kalsium amat penting bagi pembinaan tulang dan gigi yang kuat juga untuk bayi dalam kandungan.
  • kekurangan akan menyebabkan sakit gigi, sakit gusi, sakit pinggang, dan kekejangan kaki/cramp kerana kalsium diserap oleh bayi dalam kandungan.
  • kalsium juga bertindak dengan magnesium bagi melembutkan najis jadi mengelakkan sembelit.
  • kalsium perlukan vitamin D untuk penyembuhan dan mengurangkan migrain
  • ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg calsium sehari jadi kalsium memang sangat penting pengambilannya.
  • kalsium dan vitamin C juga membantu penyerapan dengan lebih berkesan terhadap tuduh.
  • kalsium tidak boleh di ambil bersama zink kerana zink akan mengaganggu penyerapan zat dalam badan.

ESP (energizing Soy Protein) harga pasaran RM150
  • dapat memberi tenaga sepanjang hari kepada ibu hamil.
  • dapat kulit yang sihat dan cantik.
  • dapat memberi perlindungan kepada bayi dalam kandungan daripada masalah ekzema dan kulit sensitif
  • penting untuk pertumbuhan sel-sel baru dan juga memperbaiki tisu badan
  • mengandungi 22 jenis asid amino, di mana 9 daripada tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh dan perlu dari pemakanan


OmegaGuard (Fish Oil extract) harga pasaran RM136
  • mengandungi sumber terbaik seperti DHA, EPA, dan ALA
  • DHA sangat penting untuk perkembangan otak dan mata bayi
  • omega 3 nya yang terbaik kerana melalui proses penyulingan berperingkat untuk menyingkirkan merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan air dalam.
ha inilah adalah antara SET KEHAMILAN yang sering ibu-ibu dan bakal ibu ambil untuk kesihatan diaorang dan baby sepanjang tempoh kehamilan. Jika ada pertanyaan yang bermain difikiran silalah bertanya atau berminat untuk mencuba kerana yang pasti korang tidak akan menyesal..hehe


Hubungi :
cik puan honeyz (i.d 1079358)
tel/sms/ whatsapp : 0174941102
email: mahaniisma@yahoo.com

Tuesday, February 11, 2014

Set Penyusuan Bajet yang sangat berbaloi!!


Assalamualaikum sebagai pembuka bicara...
Hari ni cik puan nak cerita sikit pasal set penyusuan yang tengah HOT! HOT! HOT! sangat..hrm kali ulang tu so memang tersangat ler hot.. Umum da tau set penyusuan Shaklee ini memang telah diketahui ramai keberkesanannya termasuk lah diri cik puan sendiri yang mana sekarang nih masih lagi dapat menyusukan my Lil Iman da hampir 1 tahun lebih dah (sangat heaven perasaan tuh..huhu)..Alhamdulillah bekalan buat lil Iman masih cukup untuk hantar ke nurseri n kalo kat umah cik puan suap direct jer..hehe.. Memang ramai yang dok tanya.. 'hg buat lagu mana susu hang dok ada lagi nih?''jeles aku aih..' 'cer hang crita kat aku leh aku try sama'..ha tu dia penangan shaklee ramai yang dok tanya...cik puan pon apa lagi, nah....bukak crita la...

Ok, Set Penyusuan Bajet nih hanya 2 Produk sahaja iaitu ESP (Energizing Soy Protein) dan Alfalfa Complex. 


Kelebihan ESP ni antaranya :
  • memekatkan susu ibu 
  • membaik pulih tisu-tisa badan yang telah rosak dan membina sel-sel baru
  • kulit semakin gebu, halus dan licin ( extra nya semestinya baby pon jadi gebu dan sihat)
  • memberi rasa kenyang yang lama ( sesuai untuk ibu-ibu yang ingin menguruskan badan)
  • mengawal paras kolesterol
  • penyerapan vitamin yang lebih baik
  • dapat mengurangkan alergik
  • dapat memudarkan parut
  • rasa bertenaga sepanjang hari

Kelebihan Alfalfa Complex ni pulak ialah:
  • sebagai medium untuk memperbanyakkan susu ibu (milk booster)
  • terdapat elemen protein dan kalsium yang mana perlu untuk menghasilkan susu
  • membantu merawat keputihan
  • membuang toksik dalam badan ( detoks)
  • sisitem penghadaman lebih baik
  • alfalfa ini adalah sedian herba yang memanaskan badan jadi pengambilan air yang cukup penting setiap kali pengambilan.
Ok, ini adalah sedikit info yang dapat dikongsikan kepada bakal-bakal ibu atau ibu-ibu yang memang merancang untuk menyusukan permata hati diorang yang mane kita ketahui memang banyak faedah yang ibu dan anak kita dapat daripada penyusuan yang berjaya.. Insyaallah


Berminat? Ada sebarang pertanyaan? 
Hubungi 
Honeyz (SMS/WhatApp: 0174941102)
email: mahaniisma@yahoo.com
blog: www.tudunghoneyz.blogspot.com


Monday, February 10, 2014

Omega Guard Shaklee, Khasiat yang memang terbukti berkesan!!!



   Omega guard Shaklee ni memang diakui ramai memang sangat berkesan terutamanya bagi golongan yang ingin kurus, ibu-ibu yang menyusu, penyakit tekanan darah tinggi, ekzema dan macam-macam lagi. Apa sebab yang Omega ni best sangat hah??..hehe meh nak cite...
Omega Guard ini diperbuat daripada minyak ikan terbaik dunia iaitu ekstrak daripada ikan laut air beriklim sejuk seperti perairan laut di negara Jepun. Omega guard memiliki 7 jenis asid lemak omega 3 yang semulajadi seperti DHA, EPA, ALA dan lain-lain. DHA dan EPA dari Omega Guard ni antara kandungan yang paling tinggi berbanding jenama lain sebanyak 900mg!!
EPA dan DHA penting dalam perkembangan memori dan menajamkan ingatan atau minda. Namun tubuh kita tidak menghasilkan sumber tersebut tetapi diperoleh daripada makanan dan suplimen. Sumber EPA dan DHA yang terbaik ialah daripada haiwan berbanding tumbuhan sebab sukar ditukar oleh enzim tubuh...

Antara kebaikan Omega Guard ni antaranya ialah:
  • mengekalkan tekanan normal darah
  • mencegah salur darah dari tersumbat
  • mengelakkan strok
  • mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  • melicinkan kulit (kulit kelihatan kemerah-merahan)
  • mengurangkan sakit kepala
  • mengawal masalah obesiti atau kegemukan
  • membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dalam kandungan ibu hamil
  • meningkatkan perkembangan memori kanak-kanak dan dewasa
  • memperbaiki masalah alahan kulit seperti ekzema
  • mencegah pembekuan darah dalam badan
  • membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
  • mengurangkan risiko penyakit jantung
  • menghalang kanser payudara, prostat, kolon dan paru-paru
  • meningkatkan sistem imun tubuh terutamanya kanak-kanak
  • mencegah penyakit gout
  • memelihara fungsi-fungsi sendi
  • membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
  • kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL
  • mengurangkan demam hay, bronkitis, lelah, hepatitis dan SLE
  • bagi yang berkaitan otak dapat mengurangkan masalah lupa, 
  • insomnia
  • mengurang tekanan emosi
  • kemurungan, shcizoprenia
  • membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperaktif 
 Apa kelebihan lain selain yang diterangkan di awal-awal tadi antara kelebihannya seperti:
  • tidak dihasilkan daripada minyak hati ikan yang tentunya mengandungi toksik
  • Omega 3 nya mempunyai 3X lebih ketumpatan dari ketumpatan minyak hati ikan
  • Omega Guard ini dihasilkan daripada kaedah ultra tulen bergred farmaseutikal berteknologi tinggi
  • proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium dan dioksin.
Dan Omega Guard ini boleh digunakan oleh semua lapisan umur dan gender termasukla,
  • wanita
  • wanita hamil
  • wanita yang telah melahirkan anak
  • wanita yang sedang menyusukan anak
  • warga emas
  • pesakit jantung
  • pesakit darah tinggi
  • pelajar
  • kanak-kanak
  • lelaki


*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Berminat? ingin mengetahui lebih lanjut?

Boleh hubungi saya:
WhatsApp 0174941102 (honey)
email: mahaniisma@yahoo.com

Monday, February 3, 2014

Vita Lea Iron Formula - Perfect multivitamin




       Assalamualaikum salam sejahtera hendaknya buat semua pembaca yang dihormati..ehem hari ni cik puan nk crita pasai 1 multivitamin yang tak kurang hebatnya untuk kita. Seperti vitamin-vitamin yang lain, Vita-Lea Shaklee ini jugak penting sebab kandungan vitamin yang terkandung di dalamnya merangkumi seluruh badan seperti:

Vitamin D 
berfungsi untuk menyokong penyerapan kalsium

Vitamin E
berfungsi untuk menyokong kesihatan sekular dan menigkatkan kesihatan hati, usus, hati dan sistem imunisasi 

Vitamin K
menyokong metabolisme tulang dan pembekuan darah

Kalsium
menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf, dan otot-otot.
 
Beta karotena
menigkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi.
 
Boron
membantu dalam metabolisme Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang.

Magnesium
menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung.
 
Biotin
membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak.
 
dan lain-lain lagi. Dan yang pasti Vita lea ini tidak mengandungi perasa, pewarna dan pemanis tiruan serta warna dan bahan pengawet.

 Fungsi lain dalam seharian seperti:
  • meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • menyokong jangka hayat hati, usus dan mata 
  • meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  • memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas

Jadi kenapa kita perlu memilih supplimen Vita Lea SHAKLEE ini sebagai vitamin tambahan dalam diet harian:
  •  terbaik dalam pasaran kerana mengandungi 19 nutrien - 12 vitamin dan 7 mineral.
  • menggunakan teknologi terbaik- dengan jumlah nutrien yang banyak mengasilkan saiz yang besar.
  • dirumus secara saintifik dan teruju keberkesanannya.
  • Biotin adalah komponen nutrien yang termahal yang diiktiraf 100% dari US RDA
  • sediaan vitamin dan mineral yang seimbang yang diperlukan tubuh dalam seharian menurut piawaian Daily Standard.
  • meningkatkan ketumpatan tulang 2-3 x ganda.
  • merangkumi 40 jenis makanan.
  • tempoh masa pemecahan yang unggul.
  • menggunakan bahan semuladi
  • ujian klinikal terhadap manusia bukan pada binatang.

Untuk pengetahuan korang, Vita lea ini adalah salah satu item yang terpenting dalam set penyusuan dan set kehamilan kerana pengambilannya dapat memberikan tenaga berpanjangan, tidak letih walaupon seharian di tempat kerja dan balik rumah menguruskan pula rumahtangga dan pastinya tiada lagi stress atau tekanan buat bakal-bakal ibu atau ibu kerana ibu yang tenang dan gembira adalah kunci keharmonian rumahtangga.....




Berminat untuk mencuba? atau terdapat sebarang pertanyaan?

Boleh menghubungi saya di talian 

WhatsApp: 0174941102 (honey)

email : mahaniisma@yahoo.com

        
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.