RSS
Disclamer on Shaklee Articles

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

These Product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease

Followers

Greeting to All My Dearest Customer...

HERE'S THE SIMPLE STEPS FOR YOUR INFORMATION DURING SHOPPING @ TUDUNGHONEYZ:

1- THERE'S SOMETHING ATTRACTIVE ITEMS THAT YOU
LIKE AND WANT TO GET IT?


2- IF YES, PLEASE DO NOT HESITATE TO CALL.

3- OR YOU CAN SMS/WASSAP ME THE ITEM CHOOSEN

4- I WILL REPLY AS SOON AS POSSIBLE TO COMFIRM
THE ITEM CHOOSEN.


5- AFTER THE COMFIRMATION IS MADE, THEN YOU
CAN BANK IN FULL PAYMENT TO ANY OF MY
ACCOUNT NUMBER. (I'LL APPRECIATE FOR YOUR
CONCERN TO EMAIL ME THE DETAIL PAYMENT FOR
MY INFO.


6- THEN I'LL POS YOUR ITEM CHOOSEN AND
INSYAALLAH, U'LL GET WITHIN 1 WEEK



ALL THE ITEMS SHOWN DO NOT INCLUDE POSTAGES FEE.


MY CELLPHONE NUMBER : 017-4941102 (honey)
WhatsApp: 017-4941102
Blog : www.tudunghoneyz.blogspot.com
Email :
mahaniisma@yahoo.com



HAPPY SHOPPING....!!!!! THANK YOU

Thursday, April 17, 2014

Penjagaan rambut untuk wanita bertudung


Assalamualaikum,

Setelah berminggu busy memanjang sampai minggu lepas anak pulak demam memang otak dah ke mana dah la tapi alhamdulillah my Lil Iman beransur ok dan sihat dan makin banyak akai, kata orang tua..fuhhh.. Jadi hari ni sempatla cik puan nak bagi tip yang boleh kita kongsi tentang penjagaan rambut atau mahkota wanita yang sangat kita sayangi...


Rambut ni kan ada macam-macam jenis dari yang lurus ikal mayang sampailah keriting dan ada yang panjang sampai ke pinggang ada yang pendek ala soldier (ada ka? ada kot tapi tak banyak..) jadi tak kiralah apa jenis pon rutin penjagaan amatlah penting, tambahan bagi kita yang bertudung ni kadang-kadang mengundang kegatalan atau kelumumur dek kerana rambut selalu ditutup.

Hampa nak tau tak apa rawatan yang sesuai bagi wanita bertudung nih?

★⋰⋱★⋰⋱★⋰⋱★⋰⋱★    ★⋰⋱★⋰⋱★⋰⋱★⋰⋱★    ★⋰⋱★⋰⋱★⋰⋱★⋰⋱★

1# Cuci dengan teratur

 ★  Cucilah rambut kita selang dua atau tiga sehari dan disarankan menggunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut kita. 
★  Gunalah syampu yang lembut yang sesuai untuk digunakan setiap hari
★  Selepas dicuci, pastikan rambut dikeringkan sebaik mungkin sebelum kita memakai tudung.
★  Sebab pemakaian tudung semasa rambut yang masih basah atau lembap akan menyebabkan rambut gagal bernafas dengan baik dan boleh mendatangkan pening.

 2# Rawatan 'creambath'

★  Lakukan rawatan ini seminggu sekali sebagai langkah membekalkan nutrisi untuk rambut dan memastikan kulit kepala sihat
★  Pilihlah krim yang sesuai dengan rambut, contoh kalau rambut lurus, keriting atau berkelumumur


3# Masker rambut seminggu sekali


★  Seminggu sekali buatlah rawatan masker rambut untuk jaga kesihatan dan kekuatan akar rambut
★  Cara penggunaan masker yang betul ialah sapukan pada seluruh rambut selepas rambut dicuci bersih dan biarkan masker lebih kurang 15 minit dan bilas 


4# Kekalkan keharuman
★  Apabila rambut tertutup akan membuatkan rambut berbau kerana faktor kelembapan, jadi boleh dirawat dengan ramuan rempah ratus sebulan sekali untuk mengekalkan keharumannya.


5# Makan Sayur

★  mengamalkan makanan berasaskan sayur-sayur amat baik memandangkan terdapat banyak khasiat vitamin di dalamnya seperti vitamin C. Kerana membantu pertumbuhan semula sel-sel rambut baru dan memelihara kesihatan kepala.


6# Pilihan material kapas

 ★  Pilihlah tudung daripada material kapas yang pengaliran udara lebih baik dan kulit kepala boleh bernafas., dapat mengelakkan daripada rambut dan kulit kepala berpeluh dan menyebabkan rambut berbau dan boleh terjadi kegatalan.


7# Warna yang sesuai

 ★   Umum ketahui jika pemakaian warna gelap ketika hari siang atau cuaca panas akan menybabkan terjadinya penyerapan haba daripada sinaran matahari, contoh pemakaian tudung berona gelap seperti hitam ketika siang hari akan membuat kan rasa panas dan akan berpeluh dengan lebih cepat.
★     jadi jika melakukan aktiviti luar digalakkan memakai tudung berona cerah atau terang di siang hari.


8# Elakkan tudung yang tebal

★    Sekarang terdapat pelbagai cara pemakaian tudung mengikut trend semasa. Dan terdapat juga cara pemakaian tudung yang tebal dan berlapis-lapis. Tidak ada salahnya selagi tidak melanggar syarak pemakaian tudung kan.. tapi jangan la ketika beriadah di luar kita memakai tudung yang berlapis-lapis atau tebal sebab akan menyebabkan kulit kepala sukar bernafas.
★     Berfesyen tidak salah tetapi mestila kena pada tempat dan aktiviti yang dilakukan.







*Untuk mendapatkan konsultasi percuma, dan berminat boleh hubungi cik puan seperti yang tertera dibawah:

Shaklee Independent Distributer
Honeyz ( i.d 1079358 )
WhatsApp/ SMS/ Call 0174941102
FB Fanpage SerbanikaHoneyz

2 comments:

Myra Jay said...

Bestnyer kalau dapat masker rambut kan..
Rambut adalah mahkota wanita ;)

HONEYZ said...

Ye semestinya kite kenelah jaga mahkota kite ni kan..hee

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.