Assalamualaikum, tengok tajuk ni ada dia makanan yang melawan kedutan tu...ha jangan tak tau dengan hanya mengamalkan pemakanan yang betul, kedutan di wajah dan badan dapat diatasi atau dikurangkan. tapi jangan kata makan makanan ni tak kan langsung terjadinya kedutan, tidak tapi sekurang-kurangnya dapat dikurangkan dan tak la nant jadi tua sebelum usia kan. Apa-apa pun kita semua tau meningkatnya usia ni akan merosakkan serat elastik dan kolagen dalam badan..huhu sedih kan tapi itula hakikatnya..
Ada pun saintis-saintis mengatakan bukan gula yang menjadi punca terjadinya kedutan, tetapi para doktor melalui pemeriksaan pesakit yang kurangnya menguruskan pemakanan dengan baik terutamanya pesakit diabetis dilihat kulit mereka tidak cantik dan kelihatan tua sebelum usia sebenar mereka. jadi adalah lebih baik kalau kita dapat menguruskan pemakanan dengan mengurangkan makanan seperti kek, minuman manis, biskut, kuih-muih dan digantikan dengan makanan yang melawan kedutan nih..Apa makanan yang dimaksudkan itu?
Senarai makanan yang melawan kedutan:
1# Blueberi
Di anggap sebagai agen anti kedutan yang baik, ia mengandungi gula fruktos semulajadi dan serat yang cukup untuk menyerap kalori yang berlebihan di dalam makanan. Ia juga mengandungi Flavanoids iaitu antioksidan yang kuat untuk mengurangkan sel yang rosak.
2# Kekacang
Adalah sumber protein tumbuhan. ia tinggi pottasium tetapi rendah sodium. Dengan memakan makanan 'whole grain' seperti nasi, gandum dan jagung menghasilkan amino asid yang mana melengkapkan kitaran penuh protein. Ia juga mengurangkan paras kolesterol dalam badan.
3# Avocado
Sumber terbaik bagi Vitamin E dan mengandungi kandungan pottasium yang cukup untuk menghalang kedutan terjadi. Juga mengandungi lemak tak tepu yang sihat yang dapat mengurangkan kolesterol dalam badan.
4# Sayuran Cruciferous
Sayuran seperti kobis bunga, brokoli, kobis, dan lobak dapat melawan toksin dan kanser serta mengekalkan keremajaan kulit.
5# Omega-3
Terdapat di dalam telur, ikan dan sayuran seperti brokoli dan bayam. Ia membantu untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit serta dapat mengelakkan penyakit jantung.
6# Tomato
Di dalam tomato mengandungi sumber kimia yang dipanggil lycopin dan fungsinya ialah mengurangkan masalah sel kulit yang rosak dan kemerahan.
7# Minyak ikan
Ikan seperti salmon dan tuna mengandungi kaya minyak omega-3 yang penting untuk mengekalkan kecantikan kuli.
8# Biji bunga matahari
mengandungi banyak vitamin larut lemak iaitu vitamin E. Ia mengelakkan kerosakan sel daripada radikal bebas. Penggunaan vitamin E ini dapat mengelakkan kerosakan kulit daripada sinaran matahari.
9# Air dan teh herba
Pengambilan air atau teh herba juga penting dalam melawan kedutan dari mengelakkan kulit terhidrasi. Elakkan mengambil minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi dan alkohol yang menyebabkan terjadinya dehidrasi dan kedutan.
Jadi beralihlah daripada makanan tidak sihat kepada makanan yang bernutrisi yang pasti akan memberikan kesihatan yang baik dan terntu sekali bukan tua sebelum usia tapi muda walaupun sudah berusia...ha betul tak? Disamping itu Shaklee juga mengeluarkan suplimen seperti khasiat di atas seperti OmegaGuard, Vitamin E Complex dan banyak lagi, boleh hubungi cik puan untuk pertanyaan lanjut na..
*Untuk
mendapatkan konsultasi percuma tentang produk, dan berminat boleh hubungi cik
puan seperti yang tertera dibawah:
✿Shaklee Independent
Distributer✿
✿Honeyz ( i.d 1079358 )✿
✿WhatsApp/ SMS/ Call 0174941102✿