Kulit berkedut? Kulit kering? aduhai semakin umur meningkat nih makin kedut la kulit-kulit di badan kita nih, muncul pulak garis-garis halus yang menyakitkan mata. Tambah-tambah perempuan ni kan, tapi jangan la sebelum sampai umurnya dah berkedut bagai, tak sesuai yer. Apa cara nak bagi kulit kita ni sihat, dan bermaya? Selain tu apa pulak faktor yang menyumbang kepada kedutan nih? Salah satu nya gaya hidup yang tidak sihat, stres dan persekitaran adalah penyumbang terbesar...
Apabila dah terjadi mulalah kita risau dan mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan atau mengurangkan kedutan dari terjadi dengan lebih teruk. Tapi harusla berhati-hati sebab kalau salah rawatan nanti bukan kulit cantik yang muncul tapi kulit yang bertambah teruk pulak yang datang..oh tidak!!
Cik puan ada perkongsian macam mana nak melindungi kulit kita dengan cara yang sihat dan semulajadi..senang ja tak susah pon tak keluaq duit sangat pon..hehe
1# Hindari sinar matahari secara terus
Umum tau kan sinar matahari ni kalau kita terlalu lama terdedah padanya akan sebabkan berlaku kedutan, jadi sebaiknya bila keluar rumah pakailah pelindung matahari untuk mengurangkan terjadinya kedutan dan untuk mengelakkan dari terjadinya kanser. bahaya tu
Ha yang ni memangla jarang wanita yang merokok tapi kalau cik abang kita yang merokok tu asap-asap nya akan terkena jugak kat kita. (nasib cik abang cik puan idak menghidap rokok..) Sebab kandungan dalam rokok tu sendiri akan merosakkan kolagen dan elastin yang penting dalam kulit
Masa tidur ada lah masa untuk tubuh menggantikan sel-sel kulit mati dengan sel-sel yang baru. Tidur yang cukup pon membantu tubuh mengeluarkan hormon pertumbuhan yang akan membantu kulit memperbaiki ketebalan, lebih elastis dan dapat mengurangkan kedutan. Posisi tidur melentang adalah baik untuk mengurangkan kedutan.
4# Kurangkan mengerdip mata
Sebab apa begitu, ini kerana gerakan wajah berulang kali seperti berkedip akan membuatkan otot-otot wajah bekerja dengan lebih keras sehingga membentuk lekukan di bawah permukaan kulit. Lekukan inilah yang lama-lama akan terhasilnya kedutan. pemakaian kaca matagelap juga penting untuk melindungi daripada sinaran matahari untuk mengurangkan kita mengerdip mata lebih kerap semasa di bawah cahaya matahari.
5# Ambil Protein
Ambillah makanan yang kaya sumber protein terutamanya ikan. pengambilan ikan yang mengandungi protein tinggi dan omega-3 akan membekalkan nutrisi pada kulit, dan membantu mengekalkan awet muda dan melambatkan penuaan.
Banyakkan juga mengambil kacang soya kerana ia dikatakan membantu melindungi dan menghalang bahaya sinaran matahari.
6# Gunakan pelembap
Pelembap berfungsi untuk melindungi wajah tetapi jangan la pula sering mencuci wajah sebab ia akan menghilangkan minyak dan kelembapan semula jadi pada kulit yang berfungsi untuk melindungi kulit dari kedutan.
7# Vitamin C
Vitamin C yang memang umum ketahui adalah antioksidan yang baik dan pengambilan vitamin C ini akan meningkatkan pengeluaran kolagen, melindungi dari bahaya sinar UVA dan UVB, mengatasi masalah pigmentasi dan memperbaiki keadaan kulit yang rosak. Sumber nya banyak terdapat di dalam buah-buahan citrus.
8# Makan buah-buahan dan sayur-sayuran
Selain ikan, soya sebagai sumber protein badan, buah-buahan dan sayuran juga penting kerana bersifat anti-oksida. Anti oksida merupakan komponen yang dapat mengurangkan kesan radikal bebas selain membantu membuatkan kulit kelihatan segar dan bersinar dan melindungi melawan beberapa kesan sinaran matahari.
Jadi itu antara tips yang cik puan leh share dengan anda semua. Okaylah itu saja cuma Cik puan nak pesan 'Kita adalah Apa yang Kita makan..' jadi dari makanan menggambarkan bagaimana diri kita dalam menguruskan diri, betoi dak?
4# Kurangkan mengerdip mata
5# Ambil Protein
Banyakkan juga mengambil kacang soya kerana ia dikatakan membantu melindungi dan menghalang bahaya sinaran matahari.
6# Gunakan pelembap
Pelembap berfungsi untuk melindungi wajah tetapi jangan la pula sering mencuci wajah sebab ia akan menghilangkan minyak dan kelembapan semula jadi pada kulit yang berfungsi untuk melindungi kulit dari kedutan.
7# Vitamin C
8# Makan buah-buahan dan sayur-sayuran
Jadi itu antara tips yang cik puan leh share dengan anda semua. Okaylah itu saja cuma Cik puan nak pesan 'Kita adalah Apa yang Kita makan..' jadi dari makanan menggambarkan bagaimana diri kita dalam menguruskan diri, betoi dak?
*Untuk
mendapatkan konsultasi percuma berkenaan produk Shaklee, dan berminat boleh hubungi cik puan seperti
yang tertera dibawah:
✿Shaklee Independent
Distributer✿
✿Honeyz ( i.d 1079358 )✿
✿WhatsApp/ SMS/ Call 0174941102✿
✿FB Fanpage SerbanikaHoneyz✿
1 comments:
Entry yang berguna :D keep posting !
Post a Comment