aduh fail jugak..frust ooo.. |
Assalamualaikum semua ladies yang gojes-gojes nih...Hari ni cik puan nak cerita pasal atau sebab pasai pa la berat tak turun-turun walaupon kita dah pulun diet bagai kan?..lagi kita frust bila berat masih maintain tak turun-turun sikit pon walaupon dah sebulan berdiet nih. ha kat sini cik puan ada 5 sebab-sebab utama yang boleh cik puan nak share yang cik puan jumpa dalam satu artikel ni dengan ladies semua ni.
1# Kurang bergerak
Hrm walaupon kita dok pegi gim dengan harapan menggunung dapat membakar kalori di badan, tapi kita masih ada waktu yang tidak terisi dengan aktiviti bermafaat. Jangan la pikir bila kita dah lari atas treadmill 1 jam pas tu boleh rilek ja..No No No..kalau kita nak bakar kalori secara maksimum, kita perlula bergerak sepanjang hari ok..tapi jangan la keterlaluan pulak, cukup hanya pergerakan sederhana sahaja. Dengan isi masa lapang tu risiko nak makan boleh dikawal.
2# Makan terlalu banyak
Biasanya, kita tak kawal pemakanan bila kita ada di luar seperti kedai makan, restoran dan sebagainya, betoi dak? hal ni yang menyebabkan kita berisiko untuk makan makanan berkalori tinggi dan lebih-lebih lagi bila makan di kedai-kedai makanan segera.
3# Makan sambil berdiri
Tanpa kita sedar kita lebih banyak makan secara sambilan, misalnya kita dalam perjalanan nak ke tempat kerja atau sambil siapkan kerja dan sambil berdiri memang kita jadi tak fokus pada makanan tu sampaikan kita tak menikmati makanan kita tersebut, sebab tu kadang-kadang bila kita makan sambil buat sesuatu kita jadi tak puas dan lama-lama kita tak sedar kuantiti yang kita dah makan dah berlebiham...
4# Sering mengunyah
memang la bagus untuk ada stok makanan kudap-kudap nih konon boleh elak kita rasa lapar sebelum sampai waktu makan utama tapi akhirnya jadi berlebihan pulak. Dahla makanan tu kurang berkhasiat dan tinggi kalori, lagi korang nak makan banyak-banyak..NO!!!..kalau nak rasa lapar tu makan la sekurang-kurangnya 1,2 keping biskut gandum dan jangan pi makan cekedi pulak (jajan).
5# Tidak tahu kuantiti makanan yang dimakan
Kita dok pikir yang kita dah kurangkan pengambilan makanan dari hari ke sehari dan ada juga yang dah pilih makanan yang baik untuk kawal pengambilan kalori..BAguss...TETAPI!! korang mungkin tak tau berapa jumlah kalori yang telah masuk dalam badan kita. Kita memerlukan pembakaran sebanyak 500 kalori setiap hari dan pengurangan makan serta tingkatkan aktiviti fizikal untuk hilangkan lemak 0.45 lemak setiap minggu..
Aceneh, boleh ke tidak, paham ke tidak?? hehe apa-apa pon kenalah tekad dan nekad untuk melakukan diet dengan jayanya...Ok tata titi tutu...

*Shaklee Independent Distributer*
*Honeyz ( i.d 1079358 )*
*WhatsApp/
SMS/ Call 0174941102*
*Blog www.tudunghoneyz.blogspot.com*
0 comments:
Post a Comment