RSS
Disclamer on Shaklee Articles

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

These Product are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease

Followers

Greeting to All My Dearest Customer...

HERE'S THE SIMPLE STEPS FOR YOUR INFORMATION DURING SHOPPING @ TUDUNGHONEYZ:

1- THERE'S SOMETHING ATTRACTIVE ITEMS THAT YOU
LIKE AND WANT TO GET IT?


2- IF YES, PLEASE DO NOT HESITATE TO CALL.

3- OR YOU CAN SMS/WASSAP ME THE ITEM CHOOSEN

4- I WILL REPLY AS SOON AS POSSIBLE TO COMFIRM
THE ITEM CHOOSEN.


5- AFTER THE COMFIRMATION IS MADE, THEN YOU
CAN BANK IN FULL PAYMENT TO ANY OF MY
ACCOUNT NUMBER. (I'LL APPRECIATE FOR YOUR
CONCERN TO EMAIL ME THE DETAIL PAYMENT FOR
MY INFO.


6- THEN I'LL POS YOUR ITEM CHOOSEN AND
INSYAALLAH, U'LL GET WITHIN 1 WEEK



ALL THE ITEMS SHOWN DO NOT INCLUDE POSTAGES FEE.


MY CELLPHONE NUMBER : 017-4941102 (honey)
WhatsApp: 017-4941102
Blog : www.tudunghoneyz.blogspot.com
Email :
mahaniisma@yahoo.com



HAPPY SHOPPING....!!!!! THANK YOU

Monday, March 3, 2014

5 masalah kecantikan menghantui wanita


Assalamualaikum,

Adui seminggu cik puan menyepi sat, busy katanya..hehe..tak pa hari ni cik puan nak crita masalah kecantikan yang selalu menghantui wanita masa kini. tapi jangan dok ingat hantu juon ka hantu kak limah na..ni benda yang selalu bermain difikiran sampai asyik teringat dan boleh buat kita jadi resah gelisah. ha penjelasan cik puan kelas kau jah...

Almaklumlah semua wanita dalam dunia ni nak kelihatan cantik sepanjang masa tapi disebabkan peningkatan umur tentulah ia sesuatu yang mustahil, ouchh..huhu..Jadi kita kenalah menangani sebaik mungkin dan berikut adalah 5 masalah yang sering menghantui wanita....

1 Parut Jerawat
    Bila sebut ja pasal masalah kulit, semestinyalah masalah jerawat yang kita palingg la runsing. Menurut kaji selidik, setiap 28 hari, kulit manusia mengalami pergantian atau regenerasi. tapi faktor usia yang menyebabkan proses jadi lambat.
    Bagi yang ada parut jerawat tu salah satu kena la elakkan produk yang berminyak pada wajah dan rambut. Selain tu jugak kita boleh hindari dalam penggunaan tuala yang sama untuk muka, rambut dan tubuh. ini bagi mengelakkan minyak dari rambut yang nanti boleh sebabkan jerawat.


2 Rambut Rosak

     Kekurangan sumber protein boleh menyebabkan akar rambut tidak dapat dibentuk, ini kerana akar rambut yang disebut sebagai keratin terhasil menerusi pengambilan protein. Ha dengan pengambilan protein yang cukup dan betui ni dapat merawat rambut yang rosak nanti janganla sampai ber diet tak tentu hala akhirnya rambut plak da rosak..
     Selain tu pemilihan jenis sikat dan cara sikat pon mesti kita ambil berat. Kalau sikat jenis kayu lebih sesuai sebab ia bersifat lebih lembut dan janganlah pi sikat kuat-kuat sangat sampai boleh rosak akar rambut tu.
     Bagi yang ada masalah rambut bercabang tu boleh diatasi dengan memotong bahagian yang bercabang tu senang ja kan, lain-lain macam boleh guna perapi bila mencuci rambut dan bagi yang free hair tu lindungi dari sinaran matahari.
    Sapa-sapa yang rambut keriting tu jangan dok ingat bagi lurus rambut dah boleh selesaikan masalah rambut sebaliknya gunalah pelembap dan biasakan menggunting hujung rambut atau triming sebulan sekali. 
    Selain rambut kering, kelumumur juga antara punca masalah rambut rosak yang mana disebabkan oleh kulit kepala terlalu berminyak atau terlalu kering, jadi kita kenalah banyak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dan minum air yang cukup. Dan 1 lagi tips bila sikat rambut tu sikat perlahan-lahan untuk minyak semulajadi diratakan keseluruh rambut.




3 Kedutan
    Ada 1 kaedah yang boleh dicuba untuk mengurangi masalah kedutan nih lebih kurang petua lani. Tekapkan wajah lebih kurang 10 minit dengan menggunakan kain yang direndam dengan susu kacang soya dan lakukan seminggu sekali. Soya mengandungi pencerah kulit semulajadi yang membantu mencegah kedutan.
     Rehat yang cukup pon penting bagi kulit untuk 'bernafas' dan bebas dari solekan.




4 Liang Roma Besar

    Bagi yang ada liang roma yang besaq, memang jadi masalah yang besaq jugak..sebab liang-liang roma ni akan jelas kelihatan kalau kulit kotor. Tapi jangan risau ada penyelesaian dia, dengan syarat korang kenalah selalu membersihkan wajah dari minyak atau boleh guna kertas minyak bukan kertas pasir ok...untuk mengelakkan wajah berkilat.


5 Kulit Gelap kerana Sinaran Matahari

     Yang ni memangla tak best kalau kita yang kena, elok-elok dok cerah putih tapi makin lama makin gelap sebab terdedah dengan sinaran matahari..cik puan pon pernah merasainya,,,huhu,...Cuaca panas menyebabkan kulit kita mudah gelap dan tercela. Sebaiknya amalkan memakai perlindungan sinaran matahari atau sunblock tambah-tambah yang banyak kerja outdoor nih. 

Selain tu amalkan makan lobak dan jugak tomato sebab sayuran jenis ni kaya dengan antioksidan yang membantu mencegah kerosakan akibat sinaran matahari.



Ha memang kelima-lima ni kita suma kebanyakannya alami dan daripada perkara yang boleh dielakkan atau dikurangkan ialah dengan cara hidup yang sihat, pemakanan yang sihat dan penjagaan diri yang betul. Dan salah satu cara yang paling best adalah dengan pengambilan supplimen yang betul dan semulajadi dan yang pasti halal dan jenama yang dipercayai.


Oklah cukup untuk hari ini, cik puan nak tidoq dulu yelah nak kulit yang cantik dan sihat kenalah rehat yang cukup kan..hehe.


*S.I.D
*HONEYZ (ID : 1079358)
*SMS/TEL/WHATSAPP: 0174941102
*EMAIL: MAHANIISMA@YAHOO.COM
*BLOG: WWW.TUDUNGHONEYZ.BLOGSPOT.COM



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.